○Pengikut○

Syed™Steady_Facebook

Sila masukkan USERNAME & URL blog anda disini untuk memaparkan web blog anda..

My New Blog (Steady's Blog)

Award

Syed™_Steady

03 January 2010

BAGAIMANAKAH BERCINTA SECARA ISLAM!

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak
mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin
disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan
diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu? Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah
untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang
terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya
jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah
pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini
merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cintamenyintai
ini.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan
antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan
dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan
pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada
hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik ; Jodoh.
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara
masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. “Sebenarnya dalam
Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin
menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan
tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang
silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat
hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya.
Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah
sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak
bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa
mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada
ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali
mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju,
barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang.
Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah HARAM perempaun itu dipinang oleh
lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam
masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling
mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan
hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan
dilangsungkan,” jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan
merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami
isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya
untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan
tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang
bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah
dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua
pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan
secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup
teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan
perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada
pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah.
Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya
dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan
semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.
Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari
jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita
mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam
pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi
tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa
sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta mengamalkan Islam
dalam kehidupan kita. Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan
ber’couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.

☺Terima Kasih kerana sudi membaca...☺~pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap komen~

0 comments: