○Pengikut○

Syed™Steady_Facebook

Sila masukkan USERNAME & URL blog anda disini untuk memaparkan web blog anda..

My New Blog (Steady's Blog)

Award

Syed™_Steady

~::April Fool::~


“April Fool's Day”

           
Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa mangsa untuk dipermain-mainkan terutamanya dikalangan remaja.

            Perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia
mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.  Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.  Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

            Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal- kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya ( 1 April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. 

            Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai “April Fool's Day”. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HUKUMNYA ADALAH HARAM kita meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan akidah umat Islam.  Selamatkanlah akidah kita daripada terus diperkotak-katikkan oleh golongan kafir yang akan tersenyum dengan gah bila kita mengikut telunjuk mereka.


Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. 

.....rawahu Tirmizi Illal Liqaq.




“KE ARAH MENJADIKAN PUSAT ISLAM SEBAGAI PUSAT RUJUKAN”
JAWATANKUASA PUSAT ISLAM (JAN 2010)

☺Terima Kasih kerana sudi membaca...☺~pecah kaca, pecah gelas, sudah baca harap komen~